Monday, February 15, 2010

Pengenalan

Program PPu di SMK Wangsa Maju Seeksyen 2 telah mula diperkenalkan pada 2007 dengan pelajar seramai 8 orang . Kumpulan pertama PPU yang mengambil peperiksaan STPM pada tahun 2008 telah mencatat keputusan memberangsangkan di mana 2 daripada 3 calon telah memperolehi lulus penuh dalam tiga matapelajaran . Bilangan pelajar telah meningkat kepada 18 orang pada tahun 2008 dan manakala pada tahun 2009 adalah seramai 10 orang .

KELEBIHAN MENGIKUTI PENGAJIAN PPU DI SEKOLAH

Kebanyakan pelajar mungkin tidak menyedari beberapa kelebihan tingkatan 6 (T6) berbanding dengan program Matrikulasi dan diploma. Antaranya kos yang lebih murah jika hendak dibandingkan dengan program di IPTA ataupun swasta. Ini memandangkan pengajian di peringkat sekolah mendapat bantuan subsidi yang lebih banyak.

Malahan, sekolah yang menawarkan pengajian T6, boleh dikatakan terdapat di setiap daerah besar di seluruh negara. Di samping itu, meneruskan ke T6 tidak menuntut pelajar tinggal di asrama kerana mereka mempunyai pilihan untuk berulang-alik ke sekolah.
Selain sijil T6 diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk bekerja atau melanjutkan pendidikan ke ijaazah pertama berbanding dengan sijil Matkulasi yang tidak diktiraf oleh JPA untuk bekerja, taraf kelulusan STPM mempunyai tangga gaji yang lebih lumayan berbanding dengan SPM.

Syarat yang dikenakan untuk memasuki T6 juga mudah iaitu LULUS dalam SPM dengan KEPUJIAN 3 subjek termasuk BAHASA MELAYU serta berumur antara 17 hingga 20 tahun. Untuk kemasukan ke jurusan KEMANUSIAAN – calon mestilah memperolehi jumlah aggregat TIDAK MELEBIHI 8 unit bagi tiga subjek terbaik

PERBANDINGAN ANTARA TINGKATAN ENAM DENGAN MATRIKULASI

TINGKATAN ENAM

MATRIKULASI

Tempoh pengajian 3 semester

Sama

Aliran sains dan kemanusiaan

Aliran sains hayat, fizikal & perakaunan

Sijil diiktiraf untuk kemasukan ke IPTA & luar negara

Sijil diiktiraf oleh universiti berkenaan sahaja ( Dalam kes khas, diiktiraf universiti awam lain & berbanding beberapa negara luar )

Kos rendah berbanding matrikulasi/diploma

Kos lebih tinggi

Sijil diiktiraf JPA untuk mendapat pekerjaan

Tidak diiktiraf oleh JPA

Setaraf A level

Kurikulum berpandukan STPM

Penghantar Bahasa Melayu

Sama

Pusat di sekolah seluruh negara

Di kampus universiti atau pusat khas (kolej/sekolah)



No comments:

Post a Comment